Wednesday, September 28, 2011

Fuck me
Published with Blogger-droid v1.7.4

Testing

Tuesday, August 9, 2011

Salam. Lama dah rasanya tak tulis entry baru ni. Pastu baru pulak dapat tahu yang boleh post entry dari smartphone yang teramat "smart" ni. Try jelah, mana tahu kot2 jadi ke. Lagi 1, baru setkan blog supaya boleh diview dalam mobile mode. Takdelah berat sangat nak view dengan keadaan internet yang dah exceed quota ni. Yelah, kita ni orang kampung. Mana mampu nak pakai Streamyx. Unifi pun tak lalu kat kampung kita ni. Dia singgah kat bandar2 je. LOL! Tulah terpaksa stick to the cheapest internet access yang boleh didapati buat masa ini, U Mobile.
Bila cerita pasal U Mobile, teringat masa mula2 kami bertemu dulu (romantiklah pulak). Sikit punya payahlah nak jumpa kat kawasan ceruk hulu kampung ni. Yelah, U Mobile ni pun orang bandar, tapi nasib baik jumpa. So far, service provided not so bad compared to Celcom. Masa mula2, tu teruklah pasal belum ada line 3g lagi. Almaklumlah, kampung. Tapi sekarang dah ada 3g beb. Laju tu. Tapi cap pulak sikit sangat. 500MB je. Tapi baru ni U Mobile turunkan harga untuk Blackberry Internet Service dia. Lagi murah pulak dari Unlimited Mobile Internet aku ni. RM25 je sebulan. Dah tu, cap besar pulak. 1GB dia bagi. Ni namanya diskriminasi. Kenapa Blackberry, Android and iPhone always get the all the glories? Kesianlah kat Bada aku ni. Dahlah apps tak banyak. Firmware lambat nak release. Menyesal pulak rasanya angkat handphone ni dulu. Tapi menyesal kemudian tek berguna. Apa2 pun yang penting naik semester baru ni, Bada aku akan berubah menjadi Android, insyaallah. Android,wait for me okay? Dahlah, malas nak mencarut panjang2 lagi. Dah macam segmen luahan perasaan lak blog aku ni nak cerita panjang2. Selamat menyambut bulan Ramadhan ye? Jangan ponteng puasa.

Memang nak makan kaki 1 hari nanti budak ni!

Saturday, March 26, 2011

Salam. Hari Ahad yang cerah ni, sekali lagi aku sakit hati dengan perangai kera sumbang kat rumah aku ni. Macam sial perangai!

Kisahnya begini. Budak bangang ni basuh baju hari ni, aku basuh semalam. Standardlah kalau aku basuh baju, sehari aku sidai. Nak bagi kering dengan penuh keyakinan. Dia basuh baju, aku ingat nak angkat baju aku tadi, tapi aku biarlah dulu pasal aku nak gi Giant. Sepulangan je aku dari Giant, aku nak angkat baju yang aku dah sidai, aku tengok dia boleh ampai baju dia yang basah dengan air menitik2 tanpa ditoskan terlebih dulu betul2 antara 2 helai baju aku yang dah kering. Siap tindih lak lagi tu. Macam sial! Aku pun tak faham, apa yang dia dengki sangat aku ni. Aku ada buat sial kat dia ke? Setahu aku, takde lak. At least, takdelah depan2. Kau tunggu jelah sial! Kalau 1 hari nanti sabar aku ni dah tak tertahankan, memang kau akan rasa keenakan sup kaki aku ni. Sekian.

My Senses Has Been Ignited!

Wednesday, March 23, 2011




Salam. Malam ni merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke club. Agak terpesona gak bila 1st time experience ni. Tu pun pasal dapat VIP pass free. Kalau tak, takkan mampu punya nak masuk club tu, lebih2 lagi Zouk. Biasalah, orang kampung. Mana nak ada duit nak gi tempat2 camni. Lainlah kalau ada orang nak belanja.

Kisahnya bermula macam ni. Aku ada masuk contest HP Ignite My Senses kat internet. Member aku syorkan. Aku pun try jelah. Takde pun niat nak menang contest tu. Tengok2, menang VIP pass untuk 2 orang. Asalnya aku macam taknak gi pasal takde orang yang nak follow. Semua busy. Last2, ada pun sorang yang nak ikut. Aku pun pergila naik motor ke Zouk tu. Pakai smart2 nak gi clubbing, sekali gi naik motor je. LOL!

Sampai sana dalam pukul 7.15pm, aku ingatkan dah lambat pasal dia suruh gi register pukul 6.30pm. Nak ikutkan aku dah boleh sampai pukul 6.30pm dah, tapi memandangkan tak dapat nak cari parking motor yang menarik, maka tak dapatlah aku nak register awal. Masuk2 je, aku tengok orang dah start ramai. Ingatkan event dah start. Berdiri punya lama, rupa2nya pukul 8pm baru MC naik atas stage dan MC pada malam tu, tak lain dan tak bukan, my favourite host, Miss Jojo Struys. Damn, she's really beautiful that night. Siap tap dance lagi. Aku terpesona gak tengok dia pandai tap dance. Dahsyat tu. Dahlah cantik, pandai menari lak tu.

Pendek kata, malam tadi memang 1 kenangan yang amat indah buat aku. Kalau ada lagi menang event2 camni, confirm aku akan gi lagi. Bairlah letih pun. Sekian.

PS:- Aku ada sertakan gak video Jojo Struys tengah tap dance. Korang tengoklah ye?

Bajet dia punya ruang tamu!

Monday, March 21, 2011

Salam. Sepatutnya entry ni aku tulis dalam pukul 12.30 pm tadi, tapi memandangkan aku tak cukup tenaga masa tu, aku pun tulislah pukul 4 pm. Ceritanya bermula begini...

Tengah hari tadi, baru balik dari kelas, aku pun lepaklah kat ruang tamu. Standardlah, panas kan? So, aku pun on lah kipas nak bagi sejuk sikit. Lepas tu, aku pun pergilah cari highlighter dari member2 aku yang lain. Elok je aku turun bawah, tengok2 kipas dah off semula. Sakit hati gak aku dibuatnya. Aku on balik, dia boleh off kan balik. Bajet kipas tu dia sorang yang punya. Aku pun sound la dia, ingat ko sorang punya ke kipas ni? Dia pun lawan balik cakap aku dengan suara dia yang very the annoying tu, sejuk. Kepala B*T*H dia. Ingat ruang tamu tu design untuk ko sorang je ke? Aku pun sound balik, suruh duk bilik tak nak. Aku menyirap je time tu. Nak je aku baling meja lipat tu kat kepala dia, tapi nasib baik kesabaran aku belum memuncak lagi. Malam ni aku nak tengok lagi, time aku study kat depan tu, dia berani tak nak slow kan atau off kipas tu. Kalau dia buat lagi, serius sh*t aku akan sound kaw2. Dahla ko tu budak baru dalam rumah ni. Hormatlah orang asal dalam rumah ni. Jangan nak bajet hero lak. Bajet ko sorang yang bayar sewa rumah ni. Orang lain pun bayar gak sial! Kalau tak nak orang ganggu tidur ko tu, gi dok rumah sorang2. Aku gerenti hantu pun tak kan nak ganggu hidup ko. Ko pun bukan diperlukan sangat dalam rumah ni. Takde ko tak membawa apa2 perbezaan pun. Sumbangan ko dalam rumah ni is approximately nothing. Useless. Hidup tanpa ko aku rasa lagi aman untuk sekalian budak rumah ni. Faham? Sekian.

Kalau tak pandai, jangan berlagak pandai.

Friday, March 4, 2011

Salam. Dalam dunia ni terdapat pelbagai jenis manusia dengan pelbagai ragam yang ada. Ada yang tak pandai, tapi merendah diri dan meminta tolong dari orang yang pandai. Ada yang pandai, tapi tak meninggi diri dan sentiasa ingin menolong orang yang tak pandai. Akan tetapi, ada 1 golongan ni yang tak pandai, tapi berlagak pandai dan sombong untuk meminta tolong dari orang yang lebih pandai daripada dirinya.

Alkisah bermula apabila aku balik dari pejabat pos. Payah betul aku nak ingat pejabat pos kat mana. Padahal dah selalu dah gi pejabat pos tu. Sejurus saja aku balik, aku tengok si M tengah mengetuk2 dalam peti ais. Aku pun dengan penuh curiousnya gi lah tengok. Rupa2nya dia tengah dok mengetuk frost dalam freezer dengan pisau. Aku pun cepat2 menegah dia untuk stopkan perbuatan sia2 dia tu pasal peti ais kat rumah aku dah pernah rosak dulu gara2 adik aku kikis frost dengan pisau. Gas peti ais tu jadi bocor. Mau gak RM300 nak repair balik. Kalau rosak peti ais tu, macamlah ada duit nak gi repair balik. Kalau tak mulut aku gak yang suruh, memang takde orang yang nak buat benda dengan betul dalam rumah ni.

Lagi 1, si H pulak. Maybe dia yang mengepalai misi menyahfrostkan peti ais ni. Habis semua barang2 yang ada diletakkan kat bawah. Lepas tu, pintu peti ais lak dia taknak tutup, katanya nak cepatkan proses defrosting. memanglah cepat, tapi kalau peti ais tu kosong takpela nak buat camtu. Ni, ada lagi barang2 orang lain dalam tu especially barang2 aku. Kalau nak tunggu total defrosting, mau makan masa 1 jam paling cepat pun. Dalam masa 1 jam tu, makanan2 yang ada boleh dikurangkan masa ketahanannya kalau dibiarkan je pintu peti ais tu terbukak. Lagi 1, bau busuk kesan dari peninggalan makanan tu akan berlegar2 di udara menyebabkan ketidak-enakan terhadap aku yang dok kat dapur ni.

Patah balik kepada si M. Lepas dia stop ketuk2 ais tadi tu, habis bancau lantai dibuatnya. Takde inisiatif langsung nak lap balik. Nak suruh orang lain tergelincir agaknya. Aku gak yang prihatin melihat keadaan. Tulah, lain kali kalau tak pernah ke dapur seumur hidup korang, tak payah nak buat pandai macam korang tu expert. Masak pun macamla hebat sangat sampai nak beli macam2. Padahal, lauk yang reti dimasaknya cuma telur dadar dengan ayam goreng. Tu pun sampai rentung2 jadinya. Jadi, teladannya di sini, tak payahla memasak kalau hanya tau nak masak je, tapi tak tau selok-belok nak kemaskan balik dapur tu. Sekian.

WOW!

Sunday, February 13, 2011







Salam. Sekali lagi aku menulis entry baru pada waktu maghrib. Apela nak jadi ni? Entry kali ni berkaitan dengan karnival WOW! di Putrajaya.

Pada 12/2/2011, lebih kurang jam 11 pagi, member aku mengajak aku pergi ke Putrajaya untuk melihat karnival WOW! Aku berkata, "Best ke?" Aku pun pergila ikut diorang kan. Dahla seminggu cuti raya Cina aku tak bergerak ke mana. Cadang nak gerak kul 1 tengah hari, pastu boleh lak tunggu sorang lagi member. Dekat sejam gak nak tunggu dia makan. Lepas tu, pergi lak Kajang, tunggu member sorang lagi. Nasib baik dapat makan free. Sedap lak tu. Lastly, sampai kat Putrajaya pukul 4 petang. Dahla naik motor je. Sampai naik kejang peha aku duduk atas seat keras macam batu tu.

Sampai kat Putrajaya, aku jakun kejap. Yela, dulu pergi singgah kat masjid merah tu je. Time tu Putrajaya baru siap. So, takde benda sangatla time tu. Cantik gak scenery kat situ. Tapi yang membuatkan aku kecewa sikit pasal pameran2 kat karnival tu. Takdela grand mana pun. Biasa je aku tengok. Macam pameran kat tempat lain je. Apa yang diWOW!kan sangat tah. Mungkin pasal ada Lembugini Lamborghini dengan Ferrari je kot kat situ. Dengan F1 simulator. Pasal tu yang dikatakan WOW! sangat tu kot. Tapi apa2 pun, janji aku dapat berjalan.

Sebelum keluar dari Putrajaya tu, aku singgah sembahyang jap kat masjid besi. Cantik pemandangan kat dalam tu. Takde air-cond pun member aku cakap pasal masjid tu membenarkan air flow ke dalamnya. Lastly, kitorang singgah jap untuk merasa satay. Beza sungguh dengan satay kat Segamat. Harga pun boleh tahan. Kiranya semalam, aku agak gembirala dapat keluar dari tempurung yang mengongkong diri aku ni. LOL. Sekian.